بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua! Sihat ke hari ni? Harap semua sihat lah ya?
Hari ni ciksuha nak kongsi sikit perbualan dan ibrah (pengajaran) yang ciksuha dapat dari perbuatan ciksuha dengan kawan ciksuha, iaitu cikbunga.. Jom baca :D
" cikbunga (bukan nama sebenar) kalau diberi pilihan nak mati dalam keadaan tidur atau dalam keadaan sedar? " -ciksuha
"Tak tahu. Sebab tak tahu mana yang terbaik untuk saya." - cikbunga
Dan disebabkan itu, ciksuha terfikir sesuatu. Ya. Kita tak akan pernah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Mungkin kita rasa kalau kita cemerlang dalam pelajaran itu yang terbaik untuk kita, tapi sebaliknya pelajaran kita tak begitu cemerlang.
Mungkin kita rasa menjadi seorang yang cantik jelita itu yang paling bagus, tapi ianya tak terjadi pada kita.
Mungkin kita rasa menjadi seorang yang kaya itu yang terlalu sempurna. Punya segalanya. Tapi kita tak dapat semua itu.
Mungkin kita mahu jadi hamba yang selalu tinggi imannya, tapi kerap kali iman jatuh dan naik. Ibarat graft jantung.
Lalu kita persoalkan kenapa dan kenapa..
Yakinlah sahabat sekalian bahawa,
Mungkin sesuatu yang kita rasa perit dan pedih (yang sebolehnya kita jauhkan) itulah yang terbaik untuk kita, dan mungkin jugak sesuatu yang kita rasa memang layak untuk kita dapatkan itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebab kita hanyalah hamba. Fikiran dan rasa seorang hamba memanglah sangat terbatas. Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk diri kita.
Jadi, kalau kita rasa sedih dengan sesuatu, yakinlah ia adalah ujian untuk menguatkan kita dan Allah lebih mengetahui yang mana satu yang terbaik untuk kita. Jangan pernah sekali putus harap pada Allah!
Kalau kita rasa gembira pulak, yakinlah ia juga satu ujian. Bersyukur dan kembalikan segala kebaikan kepada Allah.
InshaaAllah, sampai disini saja.. Tata macik pacik. Minta maaf sekiranya pengajaran yang ciksuha bagi tak sampai kepada kalian.
Wassalam. Jumpa lagi.
Senyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
100 impian??
assalamualaikum w. b. t apa khabar semua orang? sihat tak? harap semuanya sihat2 belaka inshaaAllah.. harini, dalam bulatan gembira kami...
-
"Letih. Penat. " aku mengeluh. Entah kenapa aku asyik rasa penat je. Tak bermotivasi langsung. Tapi, hari ni aku dapat ibrah. Ke...
-
assalamualaikum w. b. t apa khabar semua orang? sihat tak? harap semuanya sihat2 belaka inshaaAllah.. harini, dalam bulatan gembira kami...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat ke?? Ciksuha harap semua macik dan pacik sihat. Ok, sedar tak sedar hari...
No comments:
Post a Comment