Posts

Coretan aku - penat

"Letih. Penat. " aku mengeluh. Entah kenapa aku asyik rasa penat je. Tak bermotivasi langsung.

Tapi, hari ni aku dapat ibrah. Kenapa perlu mengeluh penat?

Bumi ni tak pernah mengeluh kepenatan menangung beban manusia yang berat dan menjengjelkan ni walau sikit pun, sentiasa tunduk dan patuh pada perintah Allah. Kalaulah bumi mengeluh kepenatan, konfem kita dah tak hidup kan?

Langit pun tak pernah memberontak,  tak pernah pun langit nak rebel sebab penat. Tetap teguh menaungi bumi. Siang dan malam hari.

Burung-burung, tak pernah sikit pun mengeluh yang mereka penat sebab setiap hari kena keluar mencari makanan.

Maka, kenapa aku, si manusia ini nak mengeluh penat? Sedangkan Allah cakap dalam alquran yang dia sediakan malam untuk manusia berehat.

Tak cukup lagi kah masa itu untuk berehat? Kenapa masih mengeluh kata penat dan letih?

Lagipun, kalau sekecil perkara untuk membuat "alat" pun aku dah penat, bagaimana aku nak tampung bebanan "matlamat" yang hebat t…

Coretan aku - peria

بسم الله الرحمن الرحيم

Peria. Peria tu pahit kot. Sangat-sangat. Kalau nak suruh aku makan, memang tak lah. Apatah lagi makan mentah. Err..

Tapi. Peria yang pahit tu, banyak sangat khasiatnya. Google je konfem banyak. Lagipun pahit kan penawar.

Same goes to amal soleh. Bukan senang nak beramal soleh. Nak baca quran, nak bangun qiam, nak sedekah. Pahit. Memang serius pahit sangat rasanya. Banyak rasa yang akan ada, malas, nak tido, rasa duit kita nanti tak cukup ke apa kalau sedekah.

Ya. Sangat-sangat susah.

Tapi.

Ingat. Pahit itu ubat. Pahit itu penawar. Ya. Mula-mula memang pahit. Tapi lama-lama bila dah sebati dalam diri, ia akan jadi tak pahit pun. Rasa biasa je. Serius!

So, wahai diriku dan semua. Jom. Redah kepahitan tu. Jom. Jom. Dan jom. Jadi pemurah dan tingkatkan amal soleh.

" syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah maha luas maha mengetahui.&q…

Ihsan ? Apa tuu

Assalamualaikum.. Ahlan wasahlan to my blog. Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk hidup. Masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dalam bulan ramadhan ini.

Hari ni ciksuha nak bincang sikit dengan macik-macik semua. Pasal...

IHSAN. Apa yang terlintas dihati macik pacik sekalian bila sebut tentang ihsan?

Ye adik- adik. Ihsan itu bila kita beribadah dengan merasakan kita melihat Allah atau kita merasakan Allah melihat kita.

So, sepatutnya kita sangat takut nak buat dosa kan? Contohnya kalau kita tak jaga pandangan mata, ya memang semua orang tak tahu. Tapi, kalau kita bersifat dengan sifat ihsan. Kita yakin walaupun orang tak tengok tapi Allah tengok, tentu kita akan jaga pandangan mata kita. Kan??

Tapi sayangnya, manusia zaman ini lebih takutkan yang lain selain Allah. Seorang pelajar yang cuba nak meniru dalam peperiksaan takut kalau ditangkap pengawas peperiksaan sedangkan dia tak sedar ada "cctv" yang maha hebat sedang memerhatikan dia.

Kembalikan cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum semua.apa khabar semua? ciksuha harap semua sihat lah ya.

ciksuha nak tanya korang semua, pernah tak macik dan pacik terlalu obses dengan sesuatu benda? contohnya macam obses dengan kucing ke? obses mengumpul buku ke? obses pada kecantikan ke? errr... pernah tak?

haa... tak payah tipulah, semua orang mesti ada punya benda yang dia obses. kan? kalau tanya ciksuha, ciksuha obses pada gambar alam semulajadi dan editing. hehehe  dan pernah kan, bila kita obses dengan "benda" tu, mesti kita nak sangat sangat dan sangat buat sesuatu tu selalu atau nak sentiasa bersama dengannya 24/7 kan??

so, ciksuha nak tanya nih, pernah tak kita obses sebegitu dengan Allah? sentiasa nak dekat dengannya? sentiasa nak bersamanya? sentiasa nak buat amal supaya disayangi Dia. Buang jahiliyyah yang melekat dihati sebab Dia. Dan buang segala benda yang buat kita jauh daripadanya. pernah ke? huhu

mungkin jawapan kita tidak pernah. Atau mungkin juga kita beralasan …

Takut dan harap ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat ke?? Ciksuha harap semua macik dan pacik sihat.

Ok, sedar tak sedar hari ni dah 6 ramadhan. Cepatkan masa berlalu? Uhuhu.. Semoga kita terus speed, tingkatkan kelajuan dalam beribadah pada Allah. Kita kan nak capai cinta Allah. Kan??

Okeh. Pagi tadi ciksuha dgr tazkirah pendek. Dalam ngantok-ngantok pagi hari tu ku gagahkan jua telingga untuk mendengar. Tazkirahnya bertajuk... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Pasal takut dan harap.

Agak-agak macik dan pakcik pasai apa takut dan harap ini? Takut hantoo dan harap tak bertembung kah? Haha..

Baiklah biar ciksuha cerita, takut tu adalah takutkan Allah. Untuk segala dosa-dosa kita yang dah bertahun-tahun hidup ni, sangatlah perlu untuk kita takut dengan siksaan Allah. Takutnya kalau dicampakkan dalam api neraka yang membakar.

Dan harap pula, adalah dengan tetap mengharapkan ampunan dan rahmat Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tetap mengharapkan pengampunan Allah walau seluas lau…

Pelangi selepas hujan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua! Sihat ke hari ni? Harap semua sihat lah ya?

Hari ni ciksuha nak kongsi sikit perbualan dan ibrah (pengajaran) yang ciksuha dapat dari perbuatan ciksuha dengan kawan ciksuha, iaitu cikbunga.. Jom baca :D

" cikbunga (bukan nama sebenar) kalau diberi pilihan nak mati dalam keadaan tidur atau dalam keadaan sedar? " -ciksuha

"Tak tahu. Sebab tak tahu mana yang terbaik untuk saya." - cikbunga

Dan disebabkan itu, ciksuha terfikir sesuatu. Ya. Kita tak akan pernah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Mungkin kita rasa kalau kita cemerlang dalam pelajaran itu yang terbaik untuk kita, tapi sebaliknya pelajaran kita tak begitu cemerlang.

Mungkin kita rasa menjadi seorang yang cantik jelita itu yang paling bagus, tapi ianya tak terjadi pada kita.

Mungkin kita rasa menjadi seorang yang kaya itu yang terlalu sempurna. Punya segalanya. Tapi kita tak dapat semua itu.

Mungkin kita mahu jadi hamba yang selalu tinggi imannya, tapi kerap kali…

garisan linear

Assalamualaikum.salam ramadhan. apa khabar semua??

Ramadhan tiba lagi..! Alhamdulillah setelah lama menanti, akhirnya Allah masih izinkan kita untuk merasa nikmat berada dalam bulan penuh berkah ini. Alhamdulillah !

Hari ni, ciksuha nak cerita tentang garisan linear. Hehehe.. (Dah kenapa pulak ciksuha ni..)

Ok. Garisan linear ni adalah garisan yang tak akan bertembung antara satu sama lain. Am i right?

Soo... Macam tu jugalah dengan jahiliyyah ( semua benda-benda berasaskan hawa nafsu dan kejahatan)  dan syariat Allah. Jahiliyyah takkan pernah sama sekali bertembung dengan syariat Allah. Tak akan! biar ia muncul dalam apa keadaan dan di zaman mana- mana sekalipun!!

contoh terbaik adalah hati kita. rongga yang mengisi hati kita hanya boleh diisi dengan satu benda. jahiliyyah ATAU kecintaan kepada Allah. bila kita isi hati kita dengan banyaknya jahiliyyah, pergaulan bebas, hasad dengki, perasaan benci, malas buat kebaikan, suka ikut nafsu, dan sebagainya, hati kita takkan mampu diisi de…