Posts

Showing posts from May, 2015

Ziarah ??

Ziarah.
Kalo kita dengar perkataan ziarah ni, mesti tergambar kat fikiran kita macik-macik kampong duk berbaju kurung, bawak buah epal kemudian berkunjung kat rumah macik-macik sedara. Betul tak? Elehh.. tak payah nak tipu ler tak pernah terbayang cenggitu. Haha. Jujur, ciksuha pun terbayang cenggitu jugak. Heh.
“ziarah?? Uishhh.. malulah. Saya bukan macik-macik.”
“tak da masa la.. banyak asaimen. Lagipun nak ziarah siapa pulak kat uni nie ?? “ “erk... ziarah?? Malas.”
Hah! Itulah kata-kata anak-anak muda generasi y ni. JADI, meh sini ciksuha nak cite sikit meh kelebihan ziarah terutamanya ziarah orang sakit.
“apabila seseorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, ringankan langkah bagi menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai oleh Allah.” –imam syafi’i                                                  (petikan daripada buku 30 wasiat imam syafi’i)
Hah!! Jadi dah tahu kan kelebihannya?? Jadi, moh ler kite pakat-pakat berziarah. Kawan-kawan kelas yan…