Friday, June 24, 2016

Coretan aku - penat

"Letih. Penat. " aku mengeluh. Entah kenapa aku asyik rasa penat je. Tak bermotivasi langsung.

Tapi, hari ni aku dapat ibrah. Kenapa perlu mengeluh penat?

Bumi ni tak pernah mengeluh kepenatan menangung beban manusia yang berat dan menjengjelkan ni walau sikit pun, sentiasa tunduk dan patuh pada perintah Allah. Kalaulah bumi mengeluh kepenatan, konfem kita dah tak hidup kan?

Langit pun tak pernah memberontak,  tak pernah pun langit nak rebel sebab penat. Tetap teguh menaungi bumi. Siang dan malam hari.

Burung-burung, tak pernah sikit pun mengeluh yang mereka penat sebab setiap hari kena keluar mencari makanan.

Maka, kenapa aku, si manusia ini nak mengeluh penat? Sedangkan Allah cakap dalam alquran yang dia sediakan malam untuk manusia berehat.

Tak cukup lagi kah masa itu untuk berehat? Kenapa masih mengeluh kata penat dan letih?

Lagipun, kalau sekecil perkara untuk membuat "alat" pun aku dah penat, bagaimana aku nak tampung bebanan "matlamat" yang hebat tu?

Jadi, ceriakan pagi. Mulakan pagi dengan senyuman. Jangan pernah mengeluh. Yakinlah, di syurga nanti adalah tempat kerehatan yang panjang.

Terus berjuang. Senyum.

#coretanaku

P/s :aseff atas penggunaan kata ganti "aku".

Coretan aku - peria

بسم الله الرحمن الرحيم

Peria. Peria tu pahit kot. Sangat-sangat. Kalau nak suruh aku makan, memang tak lah. Apatah lagi makan mentah. Err..

Tapi. Peria yang pahit tu, banyak sangat khasiatnya. Google je konfem banyak. Lagipun pahit kan penawar.

Same goes to amal soleh. Bukan senang nak beramal soleh. Nak baca quran, nak bangun qiam, nak sedekah. Pahit. Memang serius pahit sangat rasanya. Banyak rasa yang akan ada, malas, nak tido, rasa duit kita nanti tak cukup ke apa kalau sedekah.

Ya. Sangat-sangat susah.

Tapi.

Ingat. Pahit itu ubat. Pahit itu penawar. Ya. Mula-mula memang pahit. Tapi lama-lama bila dah sebati dalam diri, ia akan jadi tak pahit pun. Rasa biasa je. Serius!

So, wahai diriku dan semua. Jom. Redah kepahitan tu. Jom. Jom. Dan jom. Jadi pemurah dan tingkatkan amal soleh.

" syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah maha luas maha mengetahui." - al baqarah: 268

#coretanAku

P/s : aseff guna perkataan "aku" sebagai penganti nama. Sebab "saya" macam nerd sangat hohoho.


Monday, June 20, 2016

Ihsan ? Apa tuu

Assalamualaikum.. Ahlan wasahlan to my blog. Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk hidup. Masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dalam bulan ramadhan ini.

Hari ni ciksuha nak bincang sikit dengan macik-macik semua. Pasal...

IHSAN. Apa yang terlintas dihati macik pacik sekalian bila sebut tentang ihsan?

Ye adik- adik. Ihsan itu bila kita beribadah dengan merasakan kita melihat Allah atau kita merasakan Allah melihat kita.

So, sepatutnya kita sangat takut nak buat dosa kan? Contohnya kalau kita tak jaga pandangan mata, ya memang semua orang tak tahu. Tapi, kalau kita bersifat dengan sifat ihsan. Kita yakin walaupun orang tak tengok tapi Allah tengok, tentu kita akan jaga pandangan mata kita. Kan??

Tapi sayangnya, manusia zaman ini lebih takutkan yang lain selain Allah. Seorang pelajar yang cuba nak meniru dalam peperiksaan takut kalau ditangkap pengawas peperiksaan sedangkan dia tak sedar ada "cctv" yang maha hebat sedang memerhatikan dia.

Seorang yang nak mencuri dalam pasarraya lagi takutkan cctv buatan manusia daripada takutkan Allah, empunya alam.

Dan seorang islam takut buat dosa (etc berdua-duaan dgn bukan mahram misalnya) depan orang dan takut umpat keji manusia, tapi tak takut pada Allah yang memerhati tak kira waktu.

Sebab itulah, pentingnya ihsan dalam kehidupan. Bila sentiasa bersifat dengan sifat ihsan, kita pun malu nak buat dosa. Kan? Jadi jom lah sama-sama bersifat dengan sifat ihsan. InshaaAllah iman pun confem terjaga.

Ingatlah, Allah sentiasa memerhati.

Wassalam. Peace. Senyum.

Thursday, June 16, 2016

Kembalikan cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum semua.apa khabar semua? ciksuha harap semua sihat lah ya.

ciksuha nak tanya korang semua, pernah tak macik dan pacik terlalu obses dengan sesuatu benda? contohnya macam obses dengan kucing ke? obses mengumpul buku ke? obses pada kecantikan ke? errr... pernah tak?

haa... tak payah tipulah, semua orang mesti ada punya benda yang dia obses. kan? kalau tanya ciksuha, ciksuha obses pada gambar alam semulajadi dan editing. hehehe  dan pernah kan, bila kita obses dengan "benda" tu, mesti kita nak sangat sangat dan sangat buat sesuatu tu selalu atau nak sentiasa bersama dengannya 24/7 kan??

so, ciksuha nak tanya nih, pernah tak kita obses sebegitu dengan Allah? sentiasa nak dekat dengannya? sentiasa nak bersamanya? sentiasa nak buat amal supaya disayangi Dia. Buang jahiliyyah yang melekat dihati sebab Dia. Dan buang segala benda yang buat kita jauh daripadanya. pernah ke? huhu

mungkin jawapan kita tidak pernah. Atau mungkin juga kita beralasan :

"Tapi sekarang iman tengah lemah."
"Tak. Sebab saya ni bukan baik pun. Bukan solehah pun.."
 Atau apa jua alasan saya, awak, dan kita.

 Ya. Memang struggle nak obses pada Allah dan rasulNya. Sekejap iman naik bak gunung yang utuh namun sekejap pulak iman menjunam turun. Bila ada mood rasa semangat nak buat mutabaah amal tapi bila tak ada mood, selamba je tinggal.

Tapi, walau apapun kondisi kita. Jangan pernah putus asa untuk obses pada Allah. Jangan pernah putus harapan dengan cinta Allah. Jangan pernah berlama-lamaan dalam kemalasan @ kefuturan. Jangan!

Sebab kita taknak jadi muslim so- so je. Tapi nak jadi muslim yang sebenar. Yang menjalankan tanggungjawab sebagai abid dan khalifah dimuka bumi!

So, mulai saat ini. Kembalikan cintamu pada Allah. Jom obses dengan Allah. Kuatkan tekad dan keazaman untuk casi cinta Allah. Cinta sejati sampai syurha. InshaaAllah.

Wassalam.

P/s : buat diri dan sahabat yang tengah bermalas- malasan. Huhu.. Chaiyokk!

"sesungguhnya iman itu lebih berharga daripada hidup" 








Friday, June 10, 2016

Takut dan harap ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat ke?? Ciksuha harap semua macik dan pacik sihat.

Ok, sedar tak sedar hari ni dah 6 ramadhan. Cepatkan masa berlalu? Uhuhu.. Semoga kita terus speed, tingkatkan kelajuan dalam beribadah pada Allah. Kita kan nak capai cinta Allah. Kan??

Okeh. Pagi tadi ciksuha dgr tazkirah pendek. Dalam ngantok-ngantok pagi hari tu ku gagahkan jua telingga untuk mendengar. Tazkirahnya bertajuk... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Pasal takut dan harap.

Agak-agak macik dan pakcik pasai apa takut dan harap ini? Takut hantoo dan harap tak bertembung kah? Haha..

Baiklah biar ciksuha cerita, takut tu adalah takutkan Allah. Untuk segala dosa-dosa kita yang dah bertahun-tahun hidup ni, sangatlah perlu untuk kita takut dengan siksaan Allah. Takutnya kalau dicampakkan dalam api neraka yang membakar.

Dan harap pula, adalah dengan tetap mengharapkan ampunan dan rahmat Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tetap mengharapkan pengampunan Allah walau seluas lautan pun dosa kita.

" sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan golongan yang kafir." - al a'raf : 106

Kita bila buat dosa, selalu sangat rasa down, rasa lemah, rasa jauh rasa diri ini tak layak nak dapat cinta Allah dsb. Sedangkan sepatutnya kita tak patut rasa begitu. Sepatutnya bila terbuat dosa,cepat -cepat kita taubat. Bila terbuat dosa, makin kuat pengharapan kita pada Allah. Bila terbuat dosa makin kuat dan melaju amalan kita.

Huhu.. Kan?
Jadi lepas ni, jangan lemah lagi ya? letakkan takut dan harap pada Allah dalam hati kita. Semoga kita tetap tsabat dalam jalan menujuNya. Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat semua. InshaaAllah. Amin.

Wassalam. Senyum.









Thursday, June 9, 2016

Pelangi selepas hujan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua! Sihat ke hari ni? Harap semua sihat lah ya?

Hari ni ciksuha nak kongsi sikit perbualan dan ibrah (pengajaran) yang ciksuha dapat dari perbuatan ciksuha dengan kawan ciksuha, iaitu cikbunga.. Jom baca :D

" cikbunga (bukan nama sebenar) kalau diberi pilihan nak mati dalam keadaan tidur atau dalam keadaan sedar? " -ciksuha

"Tak tahu. Sebab tak tahu mana yang terbaik untuk saya." - cikbunga

Dan disebabkan itu, ciksuha terfikir sesuatu. Ya. Kita tak akan pernah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Mungkin kita rasa kalau kita cemerlang dalam pelajaran itu yang terbaik untuk kita, tapi sebaliknya pelajaran kita tak begitu cemerlang.

Mungkin kita rasa menjadi seorang yang cantik jelita itu yang paling bagus, tapi ianya tak terjadi pada kita.

Mungkin kita rasa menjadi seorang yang kaya itu yang terlalu sempurna. Punya segalanya. Tapi kita tak dapat semua itu.

Mungkin kita mahu jadi hamba yang selalu tinggi imannya, tapi kerap kali iman jatuh dan naik. Ibarat graft jantung.

Lalu kita persoalkan kenapa dan kenapa..

Yakinlah sahabat sekalian bahawa,

Mungkin sesuatu yang kita rasa perit dan pedih (yang sebolehnya kita jauhkan) itulah yang terbaik untuk kita, dan mungkin jugak sesuatu yang kita rasa memang layak untuk kita dapatkan itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebab kita hanyalah hamba. Fikiran dan rasa seorang hamba memanglah sangat terbatas. Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk diri kita.

Jadi, kalau kita rasa sedih dengan sesuatu, yakinlah ia adalah ujian untuk menguatkan kita dan Allah lebih mengetahui yang mana satu yang terbaik untuk kita. Jangan pernah sekali putus harap pada Allah!

Kalau kita rasa gembira pulak, yakinlah ia juga satu ujian. Bersyukur dan kembalikan segala kebaikan kepada Allah.

InshaaAllah, sampai disini saja.. Tata macik pacik. Minta maaf sekiranya pengajaran yang ciksuha bagi tak sampai kepada kalian.

Wassalam.  Jumpa lagi.
Senyum.


Wednesday, June 8, 2016

garisan linear

Assalamualaikum.salam ramadhan. apa khabar semua??

Ramadhan tiba lagi..! Alhamdulillah setelah lama menanti, akhirnya Allah masih izinkan kita untuk merasa nikmat berada dalam bulan penuh berkah ini. Alhamdulillah !

Hari ni, ciksuha nak cerita tentang garisan linear. Hehehe.. (Dah kenapa pulak ciksuha ni..)

Ok. Garisan linear ni adalah garisan yang tak akan bertembung antara satu sama lain. Am i right?

Soo... Macam tu jugalah dengan jahiliyyah ( semua benda-benda berasaskan hawa nafsu dan kejahatan)  dan syariat Allah. Jahiliyyah takkan pernah sama sekali bertembung dengan syariat Allah. Tak akan! biar ia muncul dalam apa keadaan dan di zaman mana- mana sekalipun!!

contoh terbaik adalah hati kita. rongga yang mengisi hati kita hanya boleh diisi dengan satu benda. jahiliyyah ATAU kecintaan kepada Allah. bila kita isi hati kita dengan banyaknya jahiliyyah, pergaulan bebas, hasad dengki, perasaan benci, malas buat kebaikan, suka ikut nafsu, dan sebagainya, hati kita takkan mampu diisi dengan kecintaan dan ketaatan pada Allah.

teringat pulak ciksuha tentang analogi bangkai anjing dan perigi. macik pernah dengar ke??

ada sebuah perigi yang membekalkan air bersih kepada penduduk kampung, suatu hari, air tu jadi busuk dan kotor, semua orang berusaha untuk kembalikan air bersih. Ada yang masukkan air bersih lain, ada yang berusaha buang air didalamnya, tapi semua usaha tak mampu membersihkan air telaga tu, sampailah ada seorang yang buang bangkai anjing tu. akhirnya air kembali bersih.

ok, dapat tak pointnya disitu??

so, solusi terbaik adalah, try buang jahiliyyah tu. slow-slow pun tak apa, satu-satu pun tak apa, janji ianya perlu dibuang supaya hati kita dapat diisi dengan ketaatan. Bak kata seorang akhwat "jahiliyyah yang bersarang dalam diri selama bertahun-tahun hidup ni, takkan mampu terbuang dalam sehari atau dua. ia proses sepanjang hayat!

"adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya dari al-hawa, maka 
sesungguhnya syurgalah tempat duduknya." - an-nazi'at :40-41 

inshaaAllah, semoga kita tetap istiqamah dalam membuang jahiliyyah dan beramal tambahan pulak sekarang kan ramadhan? bulan mulia lagi diberkati. inshaaAllah jom sama-sama capai cinta ALLAH. amin.

**tulisan ini adalah semata-mata nasihat utuk diri dan sahabat semua.inshaaAllah..
assalamualaikum. jumpa lagi di entry yang akan datang.

#tengah mencari masa untuk menulis cerpen. uhuhu..





Coretan aku - penat

"Letih. Penat. " aku mengeluh. Entah kenapa aku asyik rasa penat je. Tak bermotivasi langsung. Tapi, hari ni aku dapat ibrah. Ke...