Monday, May 2, 2016

Ciuman charlie

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua ! Hee..

Alhamdulillah segala puji pujian hanya bagi Allah.

Macik dan pacik semua sihat ker?? Ciksuha harap semua sihat lah yee..

Okey. Macam ni, tadi waktu tengah belek-belek muka ciksuha yang tak comel ni..huhu..ciksuha tertengok kesan luka a.k.a parut bekas gegetan charlie Haa. Bagi yang tak tau charlie tuh boleh lah tanya atok google yaa?

Pastu ciksuha teringat kata sorang akhwat ni.

Cuba bayangkan kalau parut itu ibarat jahiliyyah @ kesan hitam kat hati kita? Betapa akan hodoh dan tak cantik dan tak comel dan ...(sila tambah mengikut keselesaan) hati kita kan?

So.. Memang logik lah kalau nak buang jahiliyyah tu payah.kan?  Macam nk hilangkan parut tu dari kulit kita. Kene pakai cream lah apa lah. Take time.

 Tapi, bila kita tetap berusaha untuk buang semua jahiliyyah tu, lama-lama hati kita akan bersih dan mulus semula seperti baru. So, the point is tetaplah istiqamah dalam membuang segala jahiliyyah yang ada dalam diri  dan hati kita walau susah sekalipun. Okehh pacik macik?? Ade faham??

 Penat menaip. Kbai.

Assalamualaikum. Senyum.




Sunday, May 1, 2016

KFC ? Yumm.. Yumm..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Hehe. Semangat pulak ciksuha nak menulis ni..hahak.

Pagi ni, ciksuha teringat tentang KFC. Yum..yumm.. Laparnya tapi bukanlah tentang keenakannya yang menjilat jari tu.. Tapi tentang pemiliknya, kolonel sander. Kalau macik dan pacik semua nak tahu. Kolonel sander ni sebelum berjaya hasilkan KFC yang sedap menjilat jari tu.. Dia pernah cuba hampir 1009 kali percubaan menghasilkan ayam KFC tu. Gagal cuba lagi, gagal cuba lagi dan lagi...

Perghhhh.. Banyaknya percubaan dia. Kan?

Cuba bayangkan kalau waktu ke 5 percubaan, dia dah putus asa? Huhu.. Tak merasalah ayam KFC tu sekarang ni.. Hukhuk..

Jadi..

 Macam tu jugak dengan diri dan iman kita. Ya. Bila iman jatuh naikkan balik. Bila jatuh lagi, naikkan balik! Jangan pernah cuba putus asa..! Sebab Allah tengok usaha,bukan hasil. Kan?? Semoga ciksuha dan semua kuat dalam mencari redha Allah. InshaaAllah.


Semangat! Haip! Haip!


Start enjin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Hari ni ciksuha tergerak hati untuk buka balik blog ni.. (Dah bersawang dah ni.. Fuh..fuh..) Setelah lama tak post apa-apa. Rasa rindu nk menaip balik. Dulu, Ciksuha minat menulis tau. Mostly cerpen cinta-cinta lagha manusiawi. Huhu. Tapi sekarang dah tak lagi sebab sibuk. Eceh..ceh..ceh..

Tapi, Jeng..jeng..jeng..

inshaaAllah ciksuha akan mula mengarang lagi. ( walaupun mungkin tak ada orang suka..hukhuk..) Tapi ciksuha tak peduli! Nak tulis jugak. Haha. Jadi, ini sebagai "pemanas enjin" untuk ciksuha mula menulis. 

"Manusia ibarat logam. Terpilihnya mereka sewaktu jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham. " 

Semoga tulisan ciksuha lepas ni membawa manfaat, kalau bukan untuk orang lain ianya adalah untuk ciksuha sendiri. InshaaAllah. Kbai. 

-pagi nan indah, langit putih bersih, somewhere on earth. Senyum. 





100 impian??

assalamualaikum w. b. t apa khabar semua orang? sihat tak? harap semuanya sihat2 belaka inshaaAllah.. harini, dalam bulatan gembira kami...