Ziarah ??

Ziarah.

Kalo kita dengar perkataan ziarah ni, mesti tergambar kat fikiran kita macik-macik kampong duk berbaju kurung, bawak buah epal kemudian berkunjung kat rumah macik-macik sedara. Betul tak? Elehh.. tak payah nak tipu ler tak pernah terbayang cenggitu. Haha. Jujur, ciksuha pun terbayang cenggitu jugak. Heh.

“ziarah?? Uishhh.. malulah. Saya bukan macik-macik.”

“tak da masa la.. banyak asaimen. Lagipun nak ziarah siapa pulak kat uni nie ?? “
“erk... ziarah?? Malas.”

Hah! Itulah kata-kata anak-anak muda generasi y ni. JADI, meh sini ciksuha nak cite sikit meh kelebihan ziarah terutamanya ziarah orang sakit.

“apabila seseorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, ringankan langkah bagi menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai oleh Allah.” –imam syafi’i
                                                 (petikan daripada buku 30 wasiat imam syafi’i)

Hah!! Jadi dah tahu kan kelebihannya?? Jadi, moh ler kite pakat-pakat berziarah. Kawan-kawan kelas yang demam tu. Kawan-kawan yang tengah stress tu. Ziarah lah mereka.  kongsi kesedihan dan kesakitan orang lain. Kalau nak lagi bagus, tolong mereka sekali. Hehe.  Moga Allah redha. Amin.

Woootttt.. cop!cop!

Ada lagi ciksuha nak kongsi ni..

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “sesiapa yang menziarahi orang sakit ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan, ‘bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat mu di syurga.”  - hadis riwayat at-tirmidzi

Bestkan kelebihan berziarah ni. Jadi ambil lah peluang ni, ziarah kawan-kawan dekat atau jauh sekalipun. Semoga kita berukhwah kerana Allah.


Wokehhh. Penat ciksuha menaip. Hahaha. Macam panjang sangat je kan? Kan? Kan? Takpelah.. asalkan den bahagia. Wakaka. Sampai sini saja. Daaaa. Assalamualaikum macik-macik dan pacik-pacik sekalian. 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan aku - penat

Coretan aku - peria

Start enjin