Ziarah.
Kalo kita dengar perkataan ziarah ni, mesti tergambar kat
fikiran kita macik-macik kampong duk berbaju kurung, bawak buah epal kemudian
berkunjung kat rumah macik-macik sedara. Betul tak? Elehh.. tak payah nak tipu
ler tak pernah terbayang cenggitu. Haha. Jujur, ciksuha pun terbayang cenggitu
jugak. Heh.
“ziarah?? Uishhh.. malulah. Saya bukan macik-macik.”
“tak da masa la.. banyak asaimen. Lagipun nak ziarah siapa
pulak kat uni nie ?? “
“erk... ziarah?? Malas.”
Hah! Itulah kata-kata anak-anak muda generasi y ni. JADI,
meh sini ciksuha nak cite sikit meh kelebihan ziarah terutamanya ziarah orang
sakit.
“apabila seseorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan
saudara kamu sakit, ringankan langkah bagi menziarahinya kerana ia disaksikan
oleh malaikat dan dicintai oleh Allah.” –imam syafi’i
(petikan
daripada buku 30 wasiat imam syafi’i)
Hah!! Jadi dah tahu kan kelebihannya?? Jadi, moh ler kite
pakat-pakat berziarah. Kawan-kawan kelas yang demam tu. Kawan-kawan yang tengah
stress tu. Ziarah lah mereka. kongsi
kesedihan dan kesakitan orang lain. Kalau nak lagi bagus, tolong mereka sekali.
Hehe. Moga Allah redha. Amin.
Woootttt.. cop!cop!
Ada lagi ciksuha nak kongsi ni..
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “sesiapa yang
menziarahi orang sakit ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah, maka
terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan, ‘bagus dan bagus langkahmu
dan ambillah tempat mu di syurga.” -
hadis riwayat at-tirmidzi
Bestkan kelebihan berziarah ni. Jadi ambil lah peluang ni,
ziarah kawan-kawan dekat atau jauh sekalipun. Semoga kita berukhwah kerana
Allah.
Wokehhh. Penat ciksuha menaip. Hahaha. Macam panjang sangat
je kan? Kan? Kan? Takpelah.. asalkan den bahagia. Wakaka. Sampai sini saja. Daaaa.
Assalamualaikum macik-macik dan pacik-pacik sekalian.